BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)

BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)


BSN MyHome (Skim Perumahan Belia) direka untuk membantu belia yang baru berkahwin memiliki rumah pertama mereka dengan mudah.


Ciri-ciri & Kelebihan 

»  Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam     pembinaan atau hartanah subpembelian.
»  50% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian     pembiayaan.
»  Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan
    dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran
    pertama kepada pemaju / penjual.


Harga Hartanah


»  Minimum: RM 100,000.
»  Maksimum: RM 500,000
.


Margin Hartanah


»  Hartanah - Sehingga 100% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah).
»  MRTA - Sehingga maksimum 5% atas harga belian/ harga pasaran (yang mana lebih rendah)
.


Tempoh Pinjaman


»  Minimum : 5 tahun.
»  Maksimum: 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).


Kadar Faedah


»  Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
»  Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah
    indikatif adalah BR + 0.80%*. (terpakai hanya untuk pakej NZEC).
»  Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 3.95% ( berkuatkuasa mulai 21 Julai 2016).
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Syarat-syarat Kelayakan


» Warganegara Malaysia berumur 25 hingga 40 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh     pembiayaan).
»  Telah Berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.
»  Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
»  Permohonan secara perseorangan atau bersama.
»  Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
»  Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah
.

sumber:

Comments

Post a Comment